News

Anak guam terlepas daripada hukuman mati

KUALA LUMPUR : Alhamdulillah. Anakguam terlepas daripada hukuman mati. Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan anakguam kami.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman mati di bawah pertuduhan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Anakguam berada dlm penjara sejak Sept 2017. Ibubapa anakguam teruja utk berbuka puasa bersama anakguam dan adik beradiknya buat kali pertama selepas 66 bulan. Gembira melihat ibubapa memeluk anakguam selepas Mahkamah mengarahkan gari dan rantai kaki dibuka di dalam Mahkamah.

Nikmatilah kebebasan hidup tanpa sekatan. JAUHILAH DADAH