News

PENYELEWANGAN WANG PIBG DI SEKOLAH, KEDAH : DIMANAKAH TEMPAT IBU BAPA SEKOLAH B40 MENGADU?

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2023 – Dalam Anjakan 9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, Kerajaan telah menggalakkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa yang lebih mendalam serta meluas. Namun, hubungan in sering tergugat apabila ada is pecah amanah dan ketidakpercayaan di antara ibu bapa dan pihak kepimpinan sekolah.

 

Inilah yang terjadi di sebuah Sekolah Kebangsaan di Kedah. Menurut bekas Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP) sekolah berkenaan, berlaku sebuah kes penelewengan kewangan ole pihak Pentadbir sekolah. Walaupun perkara ini telah dibawa ke perhatian pihak berkuasa pendidikan daerah dan negeri, serta dilaporkan kepada pihak polis, namun sehingga kini kami tidak mendapat apa-apa maklum balas.

 

YDP telah membuat aduan pertamanya kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah pada 10.10.2022 mengenai kesalahan pengurusan pengeluaran wang dari akaun PIBG. Pada 8.12.2022 YDP telah menghantar suatu lagi surat bertajuk memorandum sokongan dan tandatangan AJK PIBG sekolah tersebut bagi mendesak tindakan segera diambil demi kepentingan masa dean murid dan sekolah. Pihak Pentadbir sekolah tersebut telah membuat pengeluaran wang sebanyak dua (2) kali pada 26.9.2022 sebanyak RM6,000 dan pada 1.10.2022 sebanyak RM 10,000 tapa mengemukakan kertas kerja. Apabila YDP menggesa pihak sekolah untuk mengemukakan kertas kerja, pihak Pentadbir sekolah telah memulangkan semula wang sejumlah RM10,000 manakala wang sejumlah RM 6,000 tidak dipulangkan. YDP telah menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah pada 11.1.2023, di mana akhirnya YDP telah menerima suatu kertas kerja untuk pengeluaran dan penggunaan wang bernilai RM6,000 yang diambil pada bulan September 2022. Dana itu dikatakan digunakan untuk program guru-guru dan bukannya untuk pembangunan fizikal sekolah seperti yang dinyatakan sebelum Ini.

 

YDP menolak kertas kerja itu atas alasan ia tidak selari dengan tujuan permohonan pengeluaran wang dibuat dan ia telah melanggar perlembagaan.

 

PIBG. Mengikut perlembagaan, dana PIBG hanya boleh digunakan untuk manfaat murid-murid. YDP telah membuat dua laporan polis pada 9. 12.2022 and 23.2.2023

mengenal perkara ini.

 

Seramai 150 pelajar Sekolah tersebut menerima bantuan RMT (pelajar daripada keluarga pendapatan kapita bawah RM 310) manakala sekitar 35% lagi pelajar adalah daripada golongan B40.  Ibu bapa murid-murid Sekolah tersebut meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pihak sekolah untuk menggunakan sumbangan yuran PIBG dengan baik dan ikhlas badi kebaiikan dan kepentingan anak-anak mereka.

 

Sidang media berkenaan telah diadakan di pejabat HWAM awal hari.